Rabu, 12 Mac 2008

BERHATI-HATI MENCARI TEMAN/KAWAN

kata pepatah: TEMAN GEMBIRA RAMAI, TEMAN BERDUKA SUKAR DICARI.

إياك وقرين السوء فإنك به تعرف
“Awaslah kamu berkawan dengan teman yang jahat, nanti kamu juga akan jadi jahat”
(Hadis riwayat Ibnu Asakir)
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

ويوم يعض الظالم على يديه يقول ياليتني اتخذت مع الرسول سبيلا * يا ويلتا ليتني لم أتخذ فلانا خليلا * لقد أضلني عن الذكر بعد إذ جاءني وكان الشيطان للانسان خذولا

“Pada hari orang yang bersalah (orang zalim) itu menggigit tangannya sendiri,
katanya: Alangkah baiknya kalau aku menurut jalan yang benar bersama Rasul. Aduh betapa malangnya nasib ini! Alangkah baiknya jika aku tidak menjadikan si fulan itu teman. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari pengajaran Tuhan sesudah pengajaran itu datang kepadaku dan adalah syaitan itu selalu mengecewakan manusia.”
[Surah Al-Furqan: 27-29]

Di dalam surah Al-Zukhruf, ayat 67 Allah Ta’ala berfirman:

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين

“Seorang teman kepada teman yang lain pada hari itu (qiamat) bermusuh-musuhan melainkan orang yang bertaqwa (takutkan Allah).”
(Surah Al-Zukhruf: ayat 67)

KUPU-KUPU SYURGA











( Ingat tu pada Ibu Bapa yg mempunyai anak anak )

Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga;

1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuanya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas tubuhnya.

2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. Mencium cucu Baginda Hassan. Aqrak berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium". Sabda Nabi s.a.w.; "Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang".

7. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya Dan dia memikulnya ke rumah; Pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun Dan pukullah dia kerena meninggalkan sembahyang apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.

9. Seorang lelaki ber tanya; "Ya Rasullullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi". Sabda Nabi s.a.w.; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak terhadap dirimu Dan anakmu pula berhakatas dirimu".