Khamis, 6 Mac 2008

CINTA SEORANG LELAKI

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya
lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalualama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Hawa diciptakan dari rusuk adam, Bukan dari kepalanya untuk dijadikan Pemimpinnya, Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya, Melainkan dari sisinya Untuk dijadikan tempat hidupnya, Dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dan dekat di hatinya untuk di cintainya....

10 SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI...

* Sikap Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

* Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

* Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

* Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

* Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak tiga??

* Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

* Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

* Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

* Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Chinese Good Luck Tantra Totem

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu ijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.